TANGGUNGJAWAB SOSIAL
Sebagai sebahagian daripada perusahaan pertaruhan yang didorongkan oleh keghairahan, kami juga berpegang teguh pada tanggungjawab sosial dan perlindungan kepada para ahli. Oleh sebab itu, kami menyertai GamCare dan memiliki keahlian yang diiktiraf oleh GamCare dalam industri pertaruhan di bawah Perkhidmatan Perdagangan GamCare.

Ramai orang menganggap bahawa permainan pertaruhan adalah aktiviti rekreasi – kegiatan yang seronok dan tidak berbahaya serta sesuai untuk mengisi masa lapang dan menghilangkan kebosanan dalam kehidupan harian. Tetapi, terdapat segelintir orang, bagi mereka permainan pertaruhan menjadi semakin merunsingkan. Mereka telah menjadi kaki judi kompulsif yang mengalami ketagihan judi serta semakin terjerumus dalam kancah pertaruhan, lantaran itu menyebabkan imej mereka tercemar, dan pecah amanah dalam pertaruhan online melalui jaringan transmisi yang hampir meliputi seluruh permukaan bumi. Pekerja-pekerja Bullbet berketrampilan dalam komunikasi serta mahir dalam mengecam dan mengenal pasti gejala ketagihan berjudi di kalangan ahli-ahli. Tujuan kami adalah membekalkan persekitaran permainan yang selesa dan beradab kepada ahli-ahli. Sementara itu, kami juga membantu mereka yang memerlukan bantuan kami. Bullbet yakin bahawa dengan mewujudkan komuniti yang hemet dan berdisiplin membantu kami dalam rangka memupuk ahli-ahli yang bertanggapan positif.

Ahli-ahli perlu memikul tanggungjawab dan memastikan bahawa jangan sekali-kali berjudi jika:

• Anda di bawah umur untuk berjudi berdasarkan kuat kuasa undang-undang di negara kelahiran anda.
• Ia memesongkan perhatian anda daripada kerja yang anda sedang lakukan atau memenuhi tanggungjawab.
• Anda sedang beransur-ansur mengatasi masalah ketagihan atau penagihan yang boleh menimbulkan masalah ketidakseimbangan minda dan emosi.
• Anda sedang di bawah pengaruh alkohol atau bahan-bahan yang lain.
• Anda sedang cuba untuk menebus kembali segala kerugian dalam pertaruhan.

Jika anda berasa permainan pertaruhan bukan sesuatu yang anda nikmati tapi sesuatu yang anda dahagakan, kami menasihati anda supaya mendapat bantuan daripada profesional secepat mungkin.

BIMBANG TERHADAP ORANG YANG DIKASIHI?
Jika anda mendapati bahawa seseorang yang dekat dengan anda bukan sahaja terjerumus dalam kegiatan perjudian malahan menimbulkan ketagihan bertaruh, anda boleh meminta bantuan dari Gamcare atau Gamblers Anonymous, ataupun sebagai alternatif, anda juga boleh menghubungi pegawai khidmat pelanggan kami melalui Live Chat untuk mendapat bantuan yang diperlukan.